Shop  Bank          Calendar







- Forum AMnet - Forum Index
  The time now is Fri Aug 29, 2014 8:19 pm   
NEWS:

- Forum AMnet - Forum Index -> Gosip Artis

Rosnah Mat Aris Kawen Dgn Tajul.(Sori klu thread ni dah ada)
Goto page 1, 2  Next
  Author    Thread Post new topic Reply to topic
sarahfadwah7
Graduated
<font color=royalblue>Graduated</font>


Joined: 12 May 2008
Posts: 820
:
Location: LaND BeLoW ThE W!Nd

Items
Rosnah Mat Aris Kawen Dgn Tajul.(Sori klu thread ni dah ada)

*credit to Berita Minggu 30th Nov 2008*

Oleh Zubir Mohd Yunus

Pendaftar Perkahwinan, Perceraian & Rujuk Orang Islam Daerah Gombak Timur tunjuk bukti pendaftaran kahwin

PENAFIAN aktres veteran terkenal, Rosnah Mat Aris, 53, apabila dikaitkan pernikahannya dengan seorang anak muda seperti didedahkan dalam Metro Ahad pada awal minggu ini menimbulkan kekeliruan kerana pihak yang menikahkannya memberi kenyataan mengakui Rosnah berkahwin secara sah.

Namun, penafian Rosnah itu boleh dianggap satu pembohongan apabila wakil B*Pop sendiri membuat siasatan dan mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa agama. Kebenaran akhirnya terbongkar apabila Pendaftar Perkahwinan, Perceraian & Rujuk Orang Islam Daerah Gombak Timur, Mohd Khairi Md Zainal, dari Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, Selangor, mengesahkan dan mengakui dia adalah pegawai agama yang bertanggung jawab menandatangani borang kebenaran nikah (borang 1A/Seksyen 16 & 1C/Seksyen 16) Rosnah bersama suaminya, Tajul Efendie Isa, 27, bertarikh 12 November lalu.

Mohd Khairi turut memaklumkan, Rosnah dan Tajul disahkan pernikahan mereka oleh Penolong Pendaftar Nikah Qariah Masjid Al-Khairiah, Taman Sri Gombak, Selangor, Ramli Arifin, 49, yang dipertanggungjawabk an menikahkan pasangan berkenaan di masjid itu pada 13 November lalu, jam 3.30 petang.


Mohd Khairi Md Zainal menunjukkan borang kebenaran nikah Rosnah dan Tajul di pejabatnya Khamis lalu.


Katanya, selain mas kahwin RM40, pernikahan Rosnah dan Tajul disaksikan dua ahli jawatan kuasa masjid berkenaan iaitu Mat Salleh Ahmad, 60, (bilal) dan Sulaiman Said, 60 (bendahari).

Tambah Khairi yang ditemui B*Pop pada petang Khamis lalu di pejabatnya memberitahu, bapa Rosnah, Mohd Aris Serja meninggal dunia pada 22 Julai 2002 ketika usianya 74 tahun. Justeru, adik lelaki Rosnah, Ros Wadi Mohd Aris, 43, menjadi wali ketika majlis pernikahannya. Dua saksi permohonan oleh perempuan (Rosnah) untuk kebenaran berkahwin ialah Azizul Farmy Rastam Shaharom dan Rosli Mohd Aris.

Maklumat tambahan yang diperoleh dari Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur apabila Tajul yang lebih dikenali dengan panggilan Blue di kalangan rakan rapatnya menghadiri kursus perkahwinan pada 3 dan 4 Februari 2007 dan memperoleh sijil kursus kahwin yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Fail Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur turut menyimpan rekod, Rosnah pernah berkahwin dengan Rastam Shaharom Jamaludin dan maklumat daripada surat perakuan cerai, Rosnah dan Rastam (46 tahun ketika bercerai) bercerai kali pertama di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 5 Mei 1995 jam 10 pagi.

Selepas 13 tahun menjanda, Rosnah akhirnya bertemu jodoh dengan Tajul yang berasal dari Taman Sri Gombak. Sebelum berkahwin dengan Rosnah, Tajul pernah membuat akuan sumpah, masih bujang. Berdasarkan borang ujian pemeriksaan kesihatan HIV yang dikeluarkan Klinik Kesihatan Selayang Baru, Selangor pada 22 Oktober 2008, pasangan berkenaan disahkan bebas HIV, sekali gus memperoleh kebenaran untuk bernikah apabila Khairi sendiri yang menandatangani kebenaran itu.

Penulis berkesempatan melihat sendiri semua bukti pernikahan Rosnah dan Tajul dari rekod Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur, namun tidak dibenarkan mengambil atau membuat salinan. Pun begitu, Khairi yang memberi kerjasama baik dalam pertemuan itu memberitahu, Sijil Perakuan Nikah masih belum dikeluarkan pejabatnya kerana ia lazimnya mengambil masa antara satu hingga dua bulan dari tarikh nikah dilangsungkan.

B*Pop gagal untuk mendapat komen Rosnah kerana tidak dapat menjejaki di mana Rosnah dan suami barunya itu berada sekarang, berikutan beberapa kali cubaan menelefonnya tidak berjawab. Usaha mendapatkan bantuan menerusi kerjasama beberapa kawan baik Rosnah juga gagal.

Rosnah harus perbetulkan kenyataan

Sementara itu, Metro Ahad terbitan 23 November lalu melaporkan Rosnah menafikan dia melangsungkan pernikahan pada hari itu sebaliknya mendakwa anak perempuannya, Rasnor yang bernikah dengan pasangannya berasal dari Pulau Pinang. Rasnor dan pasangannya dinikahkan di Masjid Al-Khairiah, Taman Sri Gombak pada 30 Oktober lalu.

“Memang benar ada acara pernikahan di Masjid Al-Khairiah, Taman Sri Gombak, tetapi anak perempuan saya, Rasnor yang bernikah, bukan saya. Majlis perkahwinan itu berlangsung pada 30 Oktober lalu. Saya lali dengan gosip mengatakan saya berkahwin lagi. Sejak berpuluh tahun lalu, apa orang tak kata pasal saya. Saya dah bosan melayan gosip macam ini. Hanya Allah yang tahu perkara sebenar,” kata Rosnah dilaporkan sebagai berkata.

Khairi ketika ditanya mengenai Rosnah yang membuat penafian nikah, melahirkan rasa terkejut kenapa Rosnah menafikan kebenaran.

“Petugas saya sendiri bertanya kepada Imam Ramli, memang benar Rosnah dan Tajul dinikahkan oleh Imam Ramli. Sebenarnya tak elok daripada hukum agama menafikan pernikahan kerana boleh menimbulkan fitnah, selain menafikan hak. Mereka sudah kahwin ikut prosedur, memperoleh persetujuan wali, kenapa perlu berselindung lagi?

“Saya harap Rosnah memperbetulkan kenyataannya di akhbar, sekali gus membersihkan nama Imam Ramli dan dua orang saksinya itu. Apabila Rosnah nafi dia nikah, saya khuatir masyarakat akan mempertikaikan kredibiliti Imam Ramli. Sehingga kini, terus terang saya katakan, rekod Imam Ramli dengan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur, bersih,” kata Khairi yang ternyata kecewa dengan penafian Rosnah.

Penulis turut menerima kiriman SMS daripada Ramli yang juga Imam 2 Masjid Al-Khairiah yang mengesahkan pernikahan Rosnah dan Tajul pada 13 November lalu, jam 3.30 petang di Masjid Al-Khairiah.

Terdahulu, penulis berpeluang menemubual Mat Salleh (saksi) yang turut melahirkan rasa kecewa apabila Rosnah menafikan pernikahannya.

“Saya sebagai saksi, duduk sebelah Ustaz Ramli. Tajul melafazkan akad nikah lebih daripada sekali, namun saya menyaksikan pernikahan itu berjalan lancar. Pernikahan mereka di sisi agama Islam, sah... jadi mengaku sajalah. Apabila tuan punya badan (Rosnah) menafikan dia bernikah, saya jadi pelik seolah-olah Rosnah menafikan tugas saya sebagai saksi nikah,” kata Mat Salleh yang tidak menafikan anak Rosnah, Rasnor dinikahkan di masjid sama pada 30 Oktober lalu.

Post Mon Dec 01, 2008 3:51 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
sweet 24
Kawan Karib
Kawan Karib


Joined: 03 Nov 2008
Posts: 202
:


Items

aku nk tgk gmbr laki tuuu.. mesti hensem kan?

Post Mon Dec 01, 2008 3:55 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
Icon
Teman
<font color=green>Teman</font>


Joined: 01 Jul 2008
Posts: 1459
:
Location: Bwh langit atas tanah........

Items

benda baik bt pelah nk srok2
x pham aku,org yg dh kawin x nk ngaku dh kawin tp org yg blum kawin gaku dh kawin

Post Mon Dec 01, 2008 3:55 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
cikminah
Teman
<font color=green>Teman</font>


Joined: 07 Aug 2008
Posts: 1030
:
Location: Venice, Italy

Items

s**a ati dialah nak rahsiakan perkahwinan ini. Nanti ramai lak yang ngumpat, kata dia kawen anak ikan. Lagipun dia buka artis sekarang. Dia dahkena gam, so dia nak privicay. Dia tak perlukan wartawan kepoh lagi. Busy body tol wartawan ni...... Twisted Evil

Post Mon Dec 01, 2008 3:58 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
cintasally
Sahabat
Sahabat


Joined: 16 Jun 2008
Posts: 530
:
Location: di atas awan negeri kayangan

Items

Rosnah Mat Aris - 53 tahun
lom monopouse lagi ker....???

Post Mon Dec 01, 2008 3:58 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
sweet_rose
Member Baru
Member Baru


Joined: 13 May 2008
Posts: 28
:


Items

quote:
Originally posted by cintasally:
Rosnah Mat Aris - 53 tahun
lom monopouse lagi ker....???



wakakakaka...takleh tahan statement nih Laughing

Post Mon Dec 01, 2008 4:02 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
cikminah
Teman
<font color=green>Teman</font>


Joined: 07 Aug 2008
Posts: 1030
:
Location: Venice, Italy

Items

quote:
Originally posted by cintasally:
Rosnah Mat Aris - 53 tahun
lom monopouse lagi ker....???


Ada pompuan ka Mexico beranak at 63. Janganlah berprangai prejudise terhadap pompuan. Kalau jantan boley kawen ngan pompuan over 20 years younger, bahkan over 30 years macam Aziz Satar, kenapa pompuan tak boleh.....?

Sydina Khatijah lebih tua daripada Nabi - Nabi 27, Sydina Khatijah 43 dan Sydina Khatijahlah isteri yang paling dikasihi dan hanya Sydina Khatijah sahaja yang mampu beri Nabi anak. Begitu juga Napopeon Bonaparte kawen dedngan Josephine. Josephine 7 tahun lebih tua dan walaupun Napoleon kawin dengan Puteri Austria Anna Maria yang baru 17 tahun, tgapi Napoleon mati dalam dakapan Josephine de Bonnis.
Tahniah Rosnah!

Last edited by cikminah on Mon Dec 01, 2008 4:22 pm; edited 1 time in total

Post Mon Dec 01, 2008 4:06 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
kasut_putih
Teman
<font color=green>Teman</font>


Joined: 13 May 2008
Posts: 1113
:


Items

dlm islam pun kena wartakan pernikahan utk elak fitnah, dan pernikahan tu utk elak berzina..

Post Mon Dec 01, 2008 4:12 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
whyna
Kawan^Setia
Kawan^Setia


Joined: 20 May 2008
Posts: 406
:


Items

kawin x nak bg tau sok2 ku cerai havoc semelaya. Artis malaysia mcm ni lah.

Post Mon Dec 01, 2008 4:25 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
suri-yani
Kawan
Kawan


Joined: 14 Oct 2008
Posts: 53
:


Items

setahu aku, rosnah nie orgnya s**a berterus terang - knapa plak jadik mcm nie... Rolling Eyes

Post Mon Dec 01, 2008 4:35 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
cuci_tangan
Kawan^Setia
Kawan^Setia


Joined: 11 May 2008
Posts: 473
:
Location: sg long

Items

antara rosnah ngan tok kadi aku caye kat tok kadi lagik...

Post Mon Dec 01, 2008 6:06 pm 
 View user's profile Send private message Yahoo Messenger  Reply with quote  
cintasally
Sahabat
Sahabat


Joined: 16 Jun 2008
Posts: 530
:
Location: di atas awan negeri kayangan

Items

quote:
Originally posted by cikminah:
quote:
Originally posted by cintasally:
Rosnah Mat Aris - 53 tahun
lom monopouse lagi ker....???


Ada pompuan ka Mexico beranak at 63. Janganlah berprangai prejudise terhadap pompuan. Kalau jantan boley kawen ngan pompuan over 20 years younger, bahkan over 30 years macam Aziz Satar, kenapa pompuan tak boleh.....?

Sydina Khatijah lebih tua daripada Nabi - Nabi 27, Sydina Khatijah 43 dan Sydina Khatijahlah isteri yang paling dikasihi dan hanya Sydina Khatijah sahaja yang mampu beri Nabi anak. Begitu juga Napopeon Bonaparte kawen dedngan Josephine. Josephine 7 tahun lebih tua dan walaupun Napoleon kawin dengan Puteri Austria Anna Maria yang baru 17 tahun, tgapi Napoleon mati dalam dakapan Josephine de Bonnis.
Tahniah Rosnah!


betul tu cikminah..tapi lelaki kat mesia ni tak sama cam nabi....nabi sayang bini tak kira monopouse ke tak..tapi lelaki zaman sekarang ni..bini tak monopouse pun carik lain, inikan p**a kalau bini dah monopouse...
bagi saya lah...tak salah nak kawin dengan pompuan lebih tua..tapi biarlah berpadan-padan....

Post Mon Dec 01, 2008 6:59 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
lumpy
Sahabat
Sahabat


Joined: 16 May 2008
Posts: 717
:


Items

hahahahaha...rosnak ko xabis2 bt havoc

Post Mon Dec 01, 2008 7:00 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
cintasally
Sahabat
Sahabat


Joined: 16 Jun 2008
Posts: 530
:
Location: di atas awan negeri kayangan

Items

lagi satu kan..Ustaz kata kalau nak cari jodoh..carilah yang SEKUFU...
biarlah berpadanan...tak tua atau muda sangat dari kita...tak miskin atau terlebih kaya dari kita...
takut-takut nanti akan timbul masalah dikemudian hari....
jangan nak ikut Nabi....Nabi nafsunya tak macam nafsu manusia zaman sekarang....

Post Mon Dec 01, 2008 7:13 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
princess ixora
Member Baru
Member Baru


Joined: 11 Sep 2008
Posts: 31
:
Location: kuala lumpur

Items

keoh tul si wartawan zubir tu.
sibukkk bzbody yg terlampau.
biarla kak ros nk kawin baru ke x.
n biarlah dia nk rahsiakan ke x. hak dia.
esk lusa aku takut umahtangga dia goyah gara2 wartawan mulut jahat n bzbody tu...
zubir ni punca ramai umahtangga artis lain hancus

Post Mon Dec 01, 2008 9:18 pm 
 View user's profile Send private message  Reply with quote  
  Display posts from previous:      
Post new topic Reply to topic

Jump to:  
Goto page 1, 2  Next

Last Thread | Next Thread  >

Forum Rules:
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum

 

- Forum AMnet - topic RSS feed 
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group

phpBB Template by Vereor.

FREE FORUM HOSTING by AtFreeForum. Terms of Service - Privacy Policy
FASHION ACCESSORIES - BLING BLING - LADIES WATCHES - KOREAN CHILDREN CLOTHING - ONLINE BARGAIN STORE - FASHION JEWELLERIES